Kurangkan komitmen bulanan. Ringankan tekanan kewangan. Susun semula aliran tunai anda.

Kalau ansuran rumah makin menekan, komitmen makin bertimbun, atau anda nak bebaskan cash flow — refinancing boleh jadi langkah paling praktikal.

Kami bantu anda

Semak kelayakan & pilihan bank

Semak kelayakan & pilihan bank

Susun strategi refinancing ikut situasi anda

Sediakan checklist & proseskan permohonan
Kurangkan risiko silap langkah yang buat kos jadi mahal

Apa Yang Kami Buat

Kami bukan bank. Kami advisor & facilitator yang bantu anda:

  • Analisis situasi kewangan & hartanah anda
  • Cadangkan opsyen refinancing yang realistik
  • Padankan anda dengan bank/produk yang sesuai
  • Susun dokumen & flow supaya proses lebih lancar
  • Kurangkan risiko buang masa, silap strategi, atau kos tersembunyi
pakar refinancing pakar refinance

Matlamat kami:

👉 Bantu anda buat keputusan yang lebih bijak, bukan sekadar “cuba nasib”

Refinancing Sesuai Untuk Siapa?

01

Pemilik rumah yang nak turunkan ansuran bulanan.

02

Mereka yang nak gabungkan hutang jadi satu komitmen.

03

Pemilik rumah yang nak cash-out untuk tujuan tertentu.

04

Mereka yang nak susun semula kewangan dengan lebih kemas.

05

Yang pernah gagal atau keliru dengan proses bank.

3 LANGKAH MUDAH untuk refinance

01

Hantar Dokumen yang diperlukan melalui Whatsapp atau Email.

02

Segala proses permohonan  akan diuruskan oleh team pakar refinance.

03

Struktur hutang selesai dan lebihan tunai akan dikreditkan ke akaun anda.

Kenapa Ramai Orang Salah Langkah Bila Refinance?

  • Terus apply tanpa strategi
  • Pilih bank ikut rate iklan, bukan struktur keseluruhan
  • Tak kira kos sebenar (legal fee, MRTA/MLTA, lock-in, dsb)
  • Tak susun dokumen → delay / reject
  • Akhirnya: jimat sikit di depan, mahal di belakang

“Refinancing bukan soal dapat loan sahaja.
Ia soal struktur yang betul untuk jangka panjang.”

Pendekatan Kami

Bukan janji kosong

Kami nilai ikut kelayakan sebenar.

bank

Bukan push satu bank

Kami cari yang sesuai dengan situasi anda.

Bukan buang masa

Kami susun dari awal supaya proses lebih kemas.

transparent

Transparent

Anda faham apa yang anda buat & kenapa.

Apa Yang Anda Akan Dapat?

  • Semakan awal kelayakan (tanpa komitmen)
  • Cadangan strategi refinancing yang sesuai
  • Senarai dokumen yang jelas
  • Bantuan susun & hantar permohonan
  • Follow-up proses sehingga ada Keputusan

Mulakan Dengan Semakan Percuma

Tak perlu teka.
Tak perlu buang masa apply merata.

Biarkan kami semak dulu dan susun pilihan yang masuk akal untuk anda.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu refinancing rumah?

Refinancing rumah ialah proses menstruktur semula pembiayaan rumah sedia ada dengan tujuan seperti menurunkan ansuran bulanan, menyusun semula komitmen hutang, atau mendapatkan tunai tambahan (cash-out). Semua permohonan tertakluk kepada kelulusan bank.

Siapa yang sesuai buat refinancing?

Biasanya sesuai untuk:

  • Pemilik rumah yang ansuran bulanan tinggi
  • Yang mahu gabungkan hutang (debt consolidation)
  • Yang perlukan tunai untuk tujuan tertentu
  • Atau yang mahu susun semula kewangan dengan lebih sihat

Kami akan buat semakan awal untuk tentukan sama ada ia sesuai atau tidak.

Adakah refinancing pasti lulus?

Tidak. Semua permohonan tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak bank, termasuk faktor seperti pendapatan, komitmen sedia ada, rekod CCRIS/CTOS dan nilai hartanah.

Tugas kami adalah bantu susun kes dan cadangkan struktur yang paling munasabah untuk tingkatkan peluang kelulusan.

Saya ada CCRIS / komitmen tinggi, masih boleh cuba?

Boleh buat semakan awal. Setiap kes berbeza. Ada kes yang masih boleh disusun semula, ada yang perlu baiki struktur kewangan dulu sebelum sesuai memohon. Kami akan jelaskan keadaan sebenar dengan telus.

Berapa lama proses refinancing biasanya ambil masa?

Secara umum, proses boleh mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung kepada:

  • Kelengkapan dokumen
  • Proses penilaian bank
  • Penilaian hartanah
  • Proses guaman

Kami akan bantu pantau dan update status dari semasa ke semasa.

Adakah saya perlu keluarkan duit untuk semakan awal?

Untuk semakan awal kelayakan, tiada bayaran dikenakan.

Kos hanya terlibat jika proses diteruskan dan biasanya berkaitan dengan kos guaman, penilaian, atau kos yang ditetapkan oleh pihak berkaitan.

Apa beza refinancing biasa dengan debt consolidation?

  • Refinancing biasa: Fokus kepada pembiayaan rumah sedia ada (contoh: turunkan ansuran atau tukar struktur).
  • Debt consolidation: Menggunakan refinancing untuk gabungkan beberapa hutang (contoh: personal loan, kad kredit) supaya jadi satu komitmen yang lebih terkawal.

Kami akan cadangkan berdasarkan situasi kewangan anda.

Adakah refinancing boleh turunkan ansuran bulanan saya?

Dalam banyak kes, ya, bergantung kepada struktur baru, tempoh pembiayaan, kadar dan profil kewangan anda.

Namun, ia bukan jaminan. Sebab itu semakan awal penting untuk lihat opsyen paling realistik.

Dokumen apa yang biasanya diperlukan?

Secara umum, bank mungkin perlukan:

  • IC
  • Slip gaji / penyata pendapatan
  • Penyata bank
  • Penyata pinjaman sedia ada
  • Dokumen hartanah

Senarai tepat akan dimaklumkan selepas semakan awal kes anda.

Apa peranan ZAG Advisory / PakarRefinance dalam proses ini?

Peranan kami adalah:

  • Buat semakan awal kelayakan
  • Analisis struktur kewangan anda
  • Cadangkan opsyen pembiayaan yang lebih sesuai
  • Bantu urus proses permohonan dan follow up sehingga selesai

Kami fokus kepada nasihat dan penyusunan kes, bukan sekadar hantar borang.

(Isi borang ringkas. Kami akan hubungi anda untuk semakan awal.)









    Disclaimer: 

    Pakar Refinance menyediakan perkhidmatan nasihat dan fasilitasi. Kelulusan tertakluk kepada penilaian pihak bank/ institusi kewangan dan dokumen lengkap pemohon. Kami tidak mewakili sebagai pemberi pinjaman.

    Dah sedia untuk buat refinancing dan ringankan tekanan kewangan anda?

    Anda hanya perlu sediakan dokumen, kami buat akan uruskan semuanya untuk anda.

    Boleh saya bantu susun semula aliran tunai anda?